Thursday, February 1, 2018

E-Pro Buster Gel Kencing Harimau 180gram


E-PRO Buster Gel & Semburan Cairan Kencing Harimau  Gel & Semburan Cairan Kencing Harimau berfungsi untuk menghalau binatang yg mengganggu tanaman atau rumah anda.  Bau yang keluar dari Gel & Semburan Cairan Kencing Harimau inilah yang membuat haiwan sasaran tidak berani menghampiri kawasan yang telah di letak Gel atau di Semburan Cairan Kencing Harimau.  Gel & Semburan Cairan Kencing Harimau ini tidak langsung menggunakan air kencing harimau yang sebenar. Cuma formulasinya mengeluarkan bau seperti kencing harimau yang membuat haiwan sasaran berasa takut.  Gel & Semburan Cairan Kencing Harimau ini sama sekali tidak membunuh jika dimakan oleh haiwan sasaran.  Baunya tidak hancing ataupun busuk, akan tetapi pada deria haiwan amat sensitif dengan baunya.

HAIWAN SASARAN Monyet,
Tikus,
Cicak,
Kucing,
Anjing,
Lipas,
Babi Hutan,
Musang,
Kera,
Lembu,
Burung,
Kambing,
Ular,
Gajah KANDUNGAN PRODUK 1. Acid Etonik 62.5ml 2. Sulfur 12.5gm 3. Eurchema Cottonii’s 25gm 4. H2O 125gm **********************************************
CARA PENGGUNAAN GEL DI DALAM RUMAH 1. Tebuk penutup Gel supaya bau dapat keluar dengan mudah. 2. Atau boleh juga Gel diletakkan dalam bekas plastik / botol plastik. Disekitar bekas plastik / botol plastik ditebuk lubang kecil supaya bau dapat keluar. 3. Letakkan gel pada tempat sasaran. 4. Untuk penggunaan di dalam rumah jangkamasa ketahanan Gel (180 gram) lebih kurang 2 bulan. Jika 1 bekas Gel (180 gram) dibahagi kepada 2, jangkamasa ketahanan juga akan berkurang. CARA PENGGUNAAN GEL DI LUAR RUMAH (Kebun / Ladang) 1. Masukkan Gel ke dalam bekas plastik / botol plastik. 2. Disekitar bekas plastik / botol plastik ditebuk lubang kecil supaya bau dapat keluar. Tujuan diletakkan di dalam bekas plastik untuk mengelakkan terkena hujan. 3. Gantung botol 3 kaki dari aras tanah. 4. Untuk kawasan yang luas bagi kesan yang efektif jarak antara Gel 15 – 20 kaki. CARA PENGGUNAAN SEMBURAN CAIRAN KENCING HARIMAU 1. Potong bahagian bawah botol plastik seperti botol air mineral. 2. Masukkan kain ke dalam botol plastik tadi. Sembur Cairan pada kain tersebut. 3. Tujuan meletakkan kain di dalam botol plastik adalah untuk mengelakkan dari kain yang telah di sembur CAIRAN KENCING HARIMAU terkena hujan. 4. Gantung botol 3 kaki dari aras tanah. 5. Untuk kawasan yang luas bagi kesan yang efektif jarak antara botol plastik 15 – 20 kaki. 6. Ulang Semburan CAIRAN KENCING HARIMAU pada kain di botol setiap 5-6 hari (untuk permulaan penggunaan). 7. Jika haiwan sasaran telah berkurangan boleh dijarakkan lagi ulangan semburan. 1 – 2 minggu sekali.